Pages

Saturday 29 September 2012

KEMBARA 3


Our 3rd trip in KL, ada program untuk pelajar Sarawak. masa inilah untuk melihat betapa megahnya menara ini. Banyak perkara yang menarik disini, apa lagi jom Kembara.





Suria KLCC

Suria KLCC is currently the only and main commercial center in the KLCC area. The shopping mall occupies space underneath the Petronas Twin Towers and shares it's parking lot with it. The six-story shopping mall has been extended to Menara Carigali since 2011. There are plans to extend the mall to Lot K and also Lot D1 as well.The mall is connected to the KLCC LRT station making it access to public transport easier. It also serve as one of the bus hubs for Bandar Buses of RapidKL. The mall also has a tunnel link toKuala Lumpur Convention Center which in turn connects to Bukit Bintang shopping district.










Petronas Twin Towers

Built on 1 January 1992 until 31 December 1994, the Petronas Twin Towers was the tallest building in the world from 1 January 1998 to 31 December 2004. Currently, it still holds the record for the tallest twin buildings in the world. It is the headquarters of Petronas, a Fortune 100 state owned oil company and also the largest company in South East Asia.
The towers and the mall below it was designed by Argentinian born architect César Pelli. Construction started in 1991 and completed 7 years after, in midst of Asian Financial Crisis andReformasi movement. Due to the soil conditions on the tower, the buildings were built on one of the deepest foundations in the world.
The 88-storey towers were built using mostly reinforced concrete, with steel-and-glass facade to resemble Islamic motifs, a religion followed by the majority of Malaysia. The cross section of the tower resembles Rub el Hizb, further solidifies the Islamic motif in the tower design.

Friday 21 September 2012


KEMBARA 2


My geng second trip at Pengkalan Kubor, Kelantan.. banyak tempat yang menarik di sini, disamping mengetahui pelbagai sejarah.. jom KEMBARA!



 



Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) . Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang.Penduduk di dalam Daerah Pengkalan Kubor ini terdiri daripada orang Melayu (90% ), orang siam (8%) dan orang cina serta India (2%) Terdapat Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penggawa ' [ Penghulu bagi istilah di luar daripada Negeri Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan kampung-kampung dibawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kewibawaan, kebolehan dan kelayakan akademik . Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Wat Siam bagi orang beragama Buddha juga terletak dalam Daerah ini iaitu masing-masing satu (1) di Kg. Jubakar Darat ( Wat Phikul Yai) dan satu (1) di Kg. Mentua ( Wat Siklaloy).Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting serta Kawasan Perdagangan Bebas Cukai di Pekan Pengkalan Kubor. Kegiatan ekonomi utama penduduk dalam Daerah Pengkalan Kubor ialah Nelayan, Petani, Berniaga, Kakitangan Awam, kakitangan Swasta dan bekerja sendiri.

Wednesday 12 September 2012

KEMBARA 1


PANTAI CAHAYA BULAN

first trip, bersama geng borneo.. tempat yang sesuai untuk mengisi masa lapang dan masa inilah untuk enjoy :)


Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri KelantanMalaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.


Tuesday 4 September 2012

UMK CAMPUS LIFE '12



Hari pertama ke UMK Kampus Kota, Pangkalan Chepa... terasa amat sedih pada permulaannya kerana tiada rakan sekolah pergi bersama. Namun setelah menjejakkan kaki ke menara gading ini, terasa amat bangga  dengan usaha selama ini amat berbaloi dan tidak berasa kesunyian kerana dapat kawan yang baru, terutamanya dari negeri sendiri serta sabah dan lain-lain. Bermula dari hari pendaftaran, minggu 3m dan hingga ke hari ini terasa amat bangga dan bertuah mendapat segala yang di impikan selama ini.

Setelah bermulanya minggu kuliah, berasa amat berdebar apa yang hendak dipelajari, tapi semestinya lukisanlah memang kegemaranku. walaupun banyak subjek yang perlu depelajari namun ilmu itu penting untuk kebaikan kita di masa hadapan. Minat @ tak, terpaksalah ambil.. sebagai pengetahuan sahaja. Apa yang pentinggg... SENI ada dalam genggaman.

Hari demi hari, Kehidupan di kampus memang menyeronokkan, kadang2 bosan juga dengan kerja yang berlambak. Memang benda ini harus ditempuh untuk menjulang kejayaan kelak. Pelbagai benda yang baru yang ku timba di UMK ini berbeza dari fm6 dahulu. memang terbaiklah.. UMK.